Thursday, June 24, 2010

Permulaan bagi kebahagian yang eternal

Apakah kebaikan yang eternal ? ianya adalah perkahwinan dan pasangan hidup yang baik

Bidayatan

Allah berfirman dalam surah Annur,perempuan2 yang keji untuk laki2 yang keji sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik dan laki2 yang baik untuk perempuan2 baik…pegang baik2 ayat ini


Apa yang kamu mahu?

Permulaan bagi sebuah perkahwinan adalah khitbah yakni pertunangan dan sebelum pertunangan ada syarat atau ciri-ciri pasangan yang mahu kamu kahwini. Contohnya umur, kerjaya atau cara si dia bermuamalat..Dan jika mahu kepada keberkatan hendaklah pasangan ini mengikut landasan Al Quran dan sunnah iaitu tiada percampuran yang berlebihan.

Pintu kepada Rezeki

Perkahwinan ini adalah kunci rezeki kerana Allah berfirman dalam AlQuran Surah Annur( dan nikahlah orang orang bujang dari kamu dan orang orang yang layak(menikah) dari hamba sahayamu laki laki dan perempuan, jika mereka miskin maka Allah akan memberi kemampuan bagi mereka dengan kurnianya dan Allah Maha luas pemberiannya dan Maha mengetahui.

Jom Tanya Rasulullah

Jika seorang muslim mahu mengahwini wanita maka apakah ciri2 yang patut dipilihnya, disini Rasulallah memberikan panduannya yang diriwayatkan oleh bukhari dan muslim kahwinilah wanita atas empat perkara atas hartanya, atas kecantikannya , atas keturunnya , dan atas agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia.
Islam tidak menghalang memilih kecantikan, harta, atau keturunan tetapi yang beragama adalah menjadi pilihan pertama.

Tanyalah tuhan kamu

Jika seorang muslim mahu berkahwin atau memilih pasangan lalu timbul pertanyaan dalam dirinya bagaimana aku nak tahu inilah yang terbaik untuk aku. Caranya adalah dengan bersolat istikharah, moga2 Allah mencenderungkan hati kamu untuk memilih atau meninggalkannya. Dan perbaharuilah niat dan berpegang pada kaedah Islam.

Akhirnya

Pasangan yang bahagia Allah janjikan padanya bersama sama memasuki Syurga Firman Allah dalam surah Zukhruf masuklah kamu kedalam syurga kamu dan pasangan kamu akan digembirakan.. yakni pasangan yang beriman dan beramal Soleh

intaha