Thursday, June 24, 2010

Permulaan bagi kebahagian yang eternal

Apakah kebaikan yang eternal ? ianya adalah perkahwinan dan pasangan hidup yang baik

Bidayatan

Allah berfirman dalam surah Annur,perempuan2 yang keji untuk laki2 yang keji sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik dan laki2 yang baik untuk perempuan2 baik…pegang baik2 ayat ini


Apa yang kamu mahu?

Permulaan bagi sebuah perkahwinan adalah khitbah yakni pertunangan dan sebelum pertunangan ada syarat atau ciri-ciri pasangan yang mahu kamu kahwini. Contohnya umur, kerjaya atau cara si dia bermuamalat..Dan jika mahu kepada keberkatan hendaklah pasangan ini mengikut landasan Al Quran dan sunnah iaitu tiada percampuran yang berlebihan.

Pintu kepada Rezeki

Perkahwinan ini adalah kunci rezeki kerana Allah berfirman dalam AlQuran Surah Annur( dan nikahlah orang orang bujang dari kamu dan orang orang yang layak(menikah) dari hamba sahayamu laki laki dan perempuan, jika mereka miskin maka Allah akan memberi kemampuan bagi mereka dengan kurnianya dan Allah Maha luas pemberiannya dan Maha mengetahui.

Jom Tanya Rasulullah

Jika seorang muslim mahu mengahwini wanita maka apakah ciri2 yang patut dipilihnya, disini Rasulallah memberikan panduannya yang diriwayatkan oleh bukhari dan muslim kahwinilah wanita atas empat perkara atas hartanya, atas kecantikannya , atas keturunnya , dan atas agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia.
Islam tidak menghalang memilih kecantikan, harta, atau keturunan tetapi yang beragama adalah menjadi pilihan pertama.

Tanyalah tuhan kamu

Jika seorang muslim mahu berkahwin atau memilih pasangan lalu timbul pertanyaan dalam dirinya bagaimana aku nak tahu inilah yang terbaik untuk aku. Caranya adalah dengan bersolat istikharah, moga2 Allah mencenderungkan hati kamu untuk memilih atau meninggalkannya. Dan perbaharuilah niat dan berpegang pada kaedah Islam.

Akhirnya

Pasangan yang bahagia Allah janjikan padanya bersama sama memasuki Syurga Firman Allah dalam surah Zukhruf masuklah kamu kedalam syurga kamu dan pasangan kamu akan digembirakan.. yakni pasangan yang beriman dan beramal Soleh

intaha

Tuesday, February 23, 2010

Imam Abdullah Alhaddad(Qasidah penawar hati)

Telah cukup bagiku ilmu tuhanku,
Tentang permintaan dan usahaku,
Maka doa dan permohonanku,
Sebagai bukti kefakiranku,
Oleh kerana usaha itu aku dan doaku
Maka oleh kerana rahsia itu aku berdoa,
Pada saat senang dan susahku
Aku adalah hamba ia menjadi kebanggaanku
Dalam kefakiran dan keperluanku,
Wahai tuhanku wahai yang memilikiku
Engkau Maha Mengetahui keadaanku
Dan apa yang berada dalam hatiku
Dari segala kesedihan dan kesibukanku
Dan tolonglah aku dengan kelembutan
dariMu wahai tuhan orang orang yang memerlukan pertolongan
wahai yang maha mulia tolonglah aku
sebelum lenyap kesabaranku
wahai yang maha segera memberi pertolongan
berilah pertolonganMu dengan segera
yang menghilangkan kesulitan dan yang mendatangkan
dengan segala yang aku harapkan
wahai yang maha dekat dan maha memperkenankan
wahai yang maha mengetahui dan maha mendengar
aku mengaku kelemahanku
dan ketundukan ku dan kesedihan ku
aku sentisaa menungu dihadapan pintu rahmatMu
wahai tuhan kasihanilah aku
di lembah kurnianmu aku bersimpuh
wahai tuhanku tetapkanlah keberadaanku disana
bersangka baik adalah kewajipan ku ia menjadi teman dan sahabatku
juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku
sepanjang malam dan siangku
wahai tuhanku dalam jiwa ini punya hajat
maka kabulkanlah wahai sebaik baik yang mengabulkan
lapangkanlah sir dan hatiku
daari gelojak dan kegelisahannya
gantikanlah ia dengan kesenangan dan kebahagiaan
dan dalam keadaan yang engkau redhai
maka ketenangan dan ketenteraman itulah keadaanku(yang ku inginkan)
dan ia lambang dan pakaianku