Tuesday, August 9, 2011

JAIS DAN ISU MURTAD


JAIS bersama Hassan Ali dengan berani mematahkan cubaan untuk memurtadkan ummat Islam...Ada pihak yang bersetuju ad juga pihak yg tidak bersetuju...bagi saya Hassan Ali telah pun menjalankan tugasnya sesuai dengan hadis mencegah kemungkaran dengan tangan(yakni pihak berkuasa harus mencegah kemungkaran dengan kuasa yg mereka ada)

Apa pula sumbangn kita dalam mencegah kemungkaran begini?adakah kita mencegahnya dengan lisan dengan menasihati dan menyebarkan dakwah ataau sekadar membenci dalam hati(yang mna ia adalah selemah2 iman)


Artikel dr FB d bawah

bukti2.

INI sedutan sidang akhbar 45 NGO Islam seluruh Selangor yang diadakan di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin.

Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain;

Sebelum benda itu merebak ke tahap yang tidak dapat dikehendaki, elok buat PC (sidang akhbar), untuk jawab soalan-soalan supaya media faham.

Apakah niat kita?

Apakah tindakan yang dibuat oleh JAIS ini betul atau tidak, adakah tindakan yang dilakukan oleh Gereja Methodist ini, yang dipanggil dengan nama Gereja Methodist Damansara Utama yang sebetulnya bukan Damansara Utama, dia (terletak) di Seksyen 13 iaitu lima kilometer dari Damansara Utama.

Kita lihat laporan media mengenai perkara ini, di seluruh negara, yang merisaukan kita (NGO) adalah orang Islam dengan orang Islam pun bercanggah akan kesahihan perkara yang berlaku.

Hari ini kita panggil media, kami NGO telah menguji kekuatan (menyoal) JAIS selama hari Jumaat, Sabtu, Ahad hingga ke pagi ini untuk mencari apa sebenarnya yang telah berlaku.

Kami tidak sempat bertemu gereja kerana kesuntukan masa.

Dengan dokumen-dokumen yang kami terima, apa yang dilakukan oleh JAIS itu (bertujuan) baik.

Dengan itu, kami NGO-NGO yang bergabung untuk membetulkan keadaan ini ada 45 (pertubuhan) menyokong sepenuhnya tindakan JAIS dan perkara ini telah dimajukan kepada Sultan Selangor.

Mengapa kami percaya dengan cakap Jais?

Kami mudah, salah kami kata salah, kalau betul kami kata betul. Kami tidak ada hubungan dengan agensi kerajaan dan politik.

Segala yang berlaku pada malam itu, maklumat awalnya adalah daripada ‘orang dalam’ yang dirahsiakan identitinya.

Apa yang berlaku?

Upacara yang dilakukan dipanggil Thanksgiving Dinner iaitu satu perkataan inggeris, terima kasih Allah, terima kasih Jesus, Thanksgiving atau dalam bahasa kita kenduri kesyukuran.

Itu hak masing-masing.

Perkara itu berlaku dari pukul 6.30 petang, pada 3 Ramadan yang berlaku di satu dewan yang boleh menampung 100 orang.

Pintu yang ditutup dan pintu dewan ini diletakkan bunga manggar, untuk mengelirukan bahawa upacara ini untuk umum.

Di dalam dewan ini, berlakulah upacara Thanksgiving yang berlarutan sehingga jam 10.30 malam.

Dengan maklumat yang diperolehi, 13 penguatkuasa JAIS dan 20 polis telah datang ke tempat itu anggaran pukul 9.00 malam.

Ketika sampai ke situ pintu, ada satu ruang legar, yang mana JAIS dan polis menunggu di situ lama dan memberi isyarat mereka adalah polis dan JAIS.

Mengambil masa yang lama juga, 20 ke 25 minit sebelum pintu itu dibuka. Jadi perkataan ‘raid atau raiding’ serbu atau serbuan itu yang memberi satu gambaran pintu itu dipecahkan dan ditendang tidak berlaku.

Orang itu menunggu dengan baik di luar. Gambar pun ada.

Bila pintu dibuka, dalam bilik itu ada kira-kira 100 orang dengan satu per lima adalah penganut Islam.

12 dewasa, tiga lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak. berada dalam tempat itu.

Apa yang berlaku, pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa? Kemudian terus kepada tarian.

Pada pukul sembilan lebih dilakukan pulak membaca ayat karangan mereka yang bertajuk, Alhamdulilah dan Allahuakbar?

Ini apa bersangkut paut dengan Thanksgiving (dinner) dan Methodist, mengapa ayat-ayat yang diharamkan untuk digunakan oleh bukan Islam dalam Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan dikalangan orang islam 1988)

Sesudah itu, pada pukul 9 15, berlaku satu prayer intersession sembayang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan tuhan mereka.

Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak? Pesong kan?

Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?

Dia datang dengan dua helai kertas yang menanyakan apa maksud perkataan Islam, apakah maksud perkataan Muslim? Apakah maksud perkataan Quran dan kefahaman dan keimanan.

Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad,

Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?

Inilah kuiz yang diberikan pada malam itu, yang mana sepatutnya menumpukan kepada adat istiadat Kristian.

Bila JAIS masuk ke dalam, kertas soal-soal jawab ini sudah berkecai-kecai sudah dimasukkan dalam tong sampah, jika niat baik kenapa nak masuk dalam tong sampah?

Dengan itu bila masuk tong sampah, JAIS dah sita benda ini, untuk jadi maklumat hendak dibawa ke mahkamah.

Bila mereka keluar, satu persatu, tiap-tiap Kad Pengenalan (IC) ditengok dan yang kad Pengenalan Islam diambil oleh JAIS, tapi tak ambil IC kanak-kanak sebab tak ada IC.

Dengan itu bahawa tindakan JAIS di dalam perkara ini benar. Mereka tidak pernah memecahkan pintu, berlaku dengan kekasaran, JAIS juga mengoyakkan kertas, macam-macam fitnah telah dilakukan.

Taklimat media ini demi masa depan agama Islam dan cucu cicit kita agar kita semua dapat dibetulkan.

Saya berharap saudara-saudari kita yang Kristian janganlah lakukan perkara ini.

Masjid dan surau pantaulah benda ini.

Kita bukannya menyusahkan orang, tapi orang menyusahkan kita.

Soalan media: Bila jumpa JAIS?

Jawapan: Jumpa JAIS Jumaat, Sabtu, Ahad…

Soalan media: Jumpa siapa, pengarah ke?

Jawapan: Kami jumpa penguatkuasa saja.

Tugas NGO adalah membetulkan keadaan dan perkara yang berlaku ada sebab musabahnya, dan kami solid di belakang JAIS dalam perkara ini. Janganlah JAIS rasa curiga,… positif juga dengan Istana.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah

Kita menyokong ketegasan Dr Hasan Ali dan Jais dan kita kecewa dengan sikap Menteri Besar yang apologetik dan membelakangkan kuasa sultan.

JAIS tertakluk di bawah kuasa sultan, bukan di bawah kuasa kerajaan negeri.

Apa tindakan Jais dibuat berdasarkan undang-undang. Enakmen Ugama Bukan Islam 1988.

Sikap apologetik oleh kerajaan negeri dan MB, mengagal dan melemahkan penguatkuasaan oleh JAIS

Ini akan beri peluang yang terbuka kepada org bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka dikalangan orang Islam. Ini akan mengeruhkan suasana dalam negara kita.

Di peringkat NGO juga, kita amat kecewa dengan laporan media, Malaysiakini, Malaysian Insider, yang memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.

Mengatakan bahawa Jais telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.

Sebagainya gambaran yang disampaikan termasuk dari Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.

Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Dan diperingkat kita. Selepas kita dapat maklum balas JAIS mengenai proses daripada permulaan pemeriksaan dilakukan.

Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza.

Kita rasa ini tidak beretika sama sekali.

Perkataan serbuan itu ganti dengan pemeriksaan. Buka pintu dialog, dan periksa kad pengenalan sahaja… akan dibawa ke mahkamah.

Tidak ada tangkapan, hanya periksa IC sahaja. Terdapat juga di sana motto “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia”.

Formula yang diguna pakai adalah mencari mereka yang memerlukan bantuan samada bantuan kewangan atau sebagainya.

Tarik hati mereka, rapatkan diri dengan target groups, akhirnya mereka akan di Kristiankan secara halus.

Kita dedahkan supaya umat Islam bersatu hati menyekat perkara ini.

Motto ini ada dalam gereja.

Setiausaha Agung Persatuan Imam,Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (Pimpinan), Fakurruddin Eshak

Persatuan imam, kami menyokong tindakan JAIS bukan itu sahaja perlu ada satu satu undang-undang (supaya) pihak berkenaan yang melakukan jenayah, melanggar Perlembagaan.

Kita beri kebebasan untuk mengamalkan agama mereka , mereka tidak ada hak untuk sebar agama kepada umat Islam.

Kita perlu ada undang-undang jika premis itu ada upacara untuk memesongkan akidah, kita mesti ambil tindakan.

Mesti ambil tindakan, contohnya kunci selama dua bulan dan sebagainya.

(kerana tindakan ini) mungkin boleh menaikkan semangat orang-orang Melayu, sebab pernah satu masa dahulu, hanya satu orang sahaja. Natrah itu dan kita tidak mahu perkara itu berulang.

Kalau ada undang-undang akan selesai lebih baik.

Penutup Dr Dzulkhaini Husain;

Kita lakukan ini untuk membetulkan keadaan Islam di Malaysia. Kalau umpama yang berada tidak mengambil tindakan yang tegas, saya takut banyak Nattrah lagi akan berlaku?

Kalau ada perkara-perkara yang penting dan menggugat Islam, kami akan kehadapan lagi.-8/8/2011- OLEH HELME HANAFI






Sunday, July 3, 2011

Harta Dunia(mamiya 220)197..


Salawat dan salam atas Nabi Muhamammad para ahli bait juga para sahabat yg mulia...sollu alannabiyy...




nak mencari kodak ek kemain susah






banding dunia dan akhirat,,,dunia akan menuju kehancuran,,manakala akhirat itu abadi


Made from 1968 to 1982, the Mamiya C220 twin lens reflex is a very capable twin-lens reflex with interchangeable lenses. It is a simplified version of the Mamiya C330. It lacks the parallax indicator, the interchangeable viewing screens and the shutter has to be cocked separately from the film advance.

The Mamiya C220 is nevertheless as solidly built and accepts the wide range of interchangeable lenses (from 55 to 250 mm) and accessories (prism viewfinder with or without light metering, handles...) of the Mamiya C series. The camera shown on the picture has a 80 mm f/2.8 lens and the standard viewfinder hood, without light meter.


tammat

Friday, June 24, 2011

KERLIPAN CINTA - RABBANI





Hidayah .. Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Keseorangan ....

Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu

Ku kembara setia disisinya ...
Ku inginkan Bahagia abadi
ku impikan sentosa dibawaha naungannya
selamanya


Friday, June 17, 2011

UBAT PEDIH HATI


Bismillahirrahmanirrahim

Salawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad,,dan keatas keluarganya yg Mulia serta sahabat baginda
Asalmualaikum,,

UBAT BAGI PEDIH HATI

R.E.D.H.A

JIka Allah sayang padamu,

maka kamu akan di cuba,

jika Redha kamu diterima,

jika sabar kamu dimulia.



Berkata Ahli Sufi


akanku pakai kesabaran ini dengan keindahan dan kecantikan

dan aku menongkah malam yang panjang dan mengasyikkan

aku bersabar meskipun mustahil tanpa keredhaan

lalu ku rawat pedihnya perlahan2

Maksud Redha


Redha bermaksud merasa cukup dan akur atas ketentuan Allah

berkata salaf

لا ىحب إلا قضأ الله

tidakklah yg paling disukainya melainkan Ketentuan Allah

Syurga dunia

Ketahuilah bahawa dengan sikap Redha anda merasakan hidup ini adalah syurga


إن الله بحكمته وجلاله جعل الروح و الفرح في الرضا وليقين وجعل الهم وال حزن في الشك والسخط

sesungguhnya dengan kebijaksanaan dan kebesaran Allah menjadikan kerehatan dan kegembiraan pada sifat Redha dan yakin,, dan menjadikan kemurungan dan kesedihan pada syak dan kemurkaan

Redha tidak pada maksiat

berkata almakki

وقد غلط في باب الرضا بعض البطلين ممن لا علم له ويقين فحل الرضا على جميع ما يكون من معصية والهوى لجهله باالتفصيل

dan telah salah pd bab redha sebahagian org yg batil dan yang tiada ilm serta keyakinan,,maka mereka mmbwa redha pada semua terjdi dr maksiat dan hawa nafsu,,kerna kejahilannya..

AWAS redha tempatnya bukan atas maksiat dan hawa nafsu


Orang yg beruntung

Allah menyatakan dalam al Quran bahawa org yg berjaya adalah org yang Allah redho padanya dan dia juga Redho kepada Allah

رضي الله عنهم ور ضوا عنه أولإك حزب الله ألا إن حزب الله هم المفلحون

Redha Allah dengan mereka dan mereka juga redha kepadaNya merekalah pasukan Allah,,sesungguhnya hizb Allah adalah org2 yang berjaya


Sabar-redha-usaha-doa-tawakkal

sembahyang gerhana di masjid Amal

selepas gerhana mataharipun bersinaran

orang marantau temannya doa dan tawakal

Sabar dan Redha haruslah didahulukan


Tammat

p/s-,,sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri merubah nasib mereka sendiri,,jngn Redha shj tetapi tidak berusaha:)






Sunday, May 29, 2011

Sufi,,wahabi dan syiah(mendekatkan antara mazhab dan pegangan)


Asalamualaikum wrbt

Selawat dan salam untuk nabiuna Muhammad S.A>W serta ahli bait mutahhirin..juga para sahabat baginda..

Kesatuan Ummat Islam

umat Islam terdiri drpada dua blok terbesar mazhab..yakni Sunnah dan Syiah..sunnah terdiri daripada 4 mazhab yg utama Syafie,,hambali,,hanafi dan maliki manakala Syiah juga terdiri dr mazhab2 yg berbeza yg terbesar menguasai pentadbiran Kerajaan iran ialah Syiah Isna asyara yg berpegang pada dua belas imam ahli bait

yang diseru ulamak adalah mendekatkan antara mazhab bukan mensatukan

maksud mendekatkan adalah berbeza denagn menyatukan mazhab..yakni mendekat dengan cara cuba hidup antara mazhab yg berbeza dengan mengurang titik perbezaan dan saling bersatu atas perkara yg sama bukan menyatukan semua mazhab menjadi satu

menghentikan takfir antara mazhab

antara masalah ummat Islam kini adalah saling kafir mengkafir

Isu pengkafiran golongan Sufi atas wahabi

sesetengah golongan sufi menyatakan bhawa wahabi salafi bukan dari golongan Islam bahkan mmereka ini kafir termasuk Imam2 panutan mereka Syeikh Muhammad Bin Abdul wahhab juga Ibnu Taimiyah al harrani

wahabi juga disebut berakidah dengan akidah mujassimah,,menyamakan Allah dengan Makhluk,,mazhab pengganas,,wabak,,Taklid dengan Muhammad Bin Abdul Wahab

isu pengkafiran golongan Wahabi ke atas Sufi,,syiah,,dan mazhab sunnah Asyairah

memamg sesetengah wahabi salafi menyatakan kafir dan sesat keatas kaum sufi,syiah dan Sunnah Asyairah..bukan sahaja pada buku2 mereka bahkan di laman2 web dan blog2 mereka
pada pandangan wahabi ahli sufi adalah golongan yg mensyirikkan Allah,,penyembah kubur,,kadang mereka yang melampau menyatakan Ahli sufi lebih syirik dr Abu Jahal..NAuzubillah..
mereka menyatakan bahawa Sunnah Asyairah sesat,,walaupun lebih 90% umatt sunnah adalah berfahaman Asyairah..dan salafiah pula mendakwa bahawa Syiah adalah sedholal2 mazhab dan kafir la'natullah

Syiah menghukum kafir pada Sahabat dan ummul mukminin..
Syiah terbhagi kepada tiga bahagian..dekat dengan sunnah dinamakan Zaidiyyah yg pertengahan dinamakan Isna Asyara dan yg ekstrim sesat spt Ismailiyah..Syiah mewakili 10% ummat Islam
Disi Syiah pula ada menghukum kafir pada Isteri NAbi yg mulia Aisya R.HA..juga sejumlah besar pada sahabat..ini yang menjadi penghalang besar proses mendekat antra mazhab Syiah dan Sunnah
Pandangan Yusuf Qardawi

bahwa untuk mendekatkan Antara Sunnah DAn syiah adalah..Syiah perlu menghentikan hukukman kafir mereka atas Sahabat Rasulallah..

Apa yg patt di lakukan sekarang(sudut pandang Doktor Muhammad Imarah)

pertama
1)menyeru semua ulamak Islam yang mewakili mazhab2 dan pegangan2 mereka..untuk duduk berbincang khusus dari kalangan Wahabi,,Sufi dan Syiah,,
2)Ulamak2 Islam perlu menfatwakan agar haram mengkafirkan dan menyesatkan antra satu fahaman ats fahaman yang lain selagi mereka mengucap dua kalimah Syahadah
3)mengkaji riwayat2 yang menghukum kafir atas sahabt..Yakni membersihkan kitab2 turath syiah..

Akhirnya
marilah kita bersatu atas nama Generasi Alquran dan bawah lembayung ummat muhammadiyah

tamat..TQ

p/s:bc dari kitab fitnatu takfir baina syiah wal wahabiyyah wa suffiyah

Saturday, May 28, 2011

Melawat Tempat munajat Nabi Musa


Asalamualaikum..

pertama2 dan selama-lamanya syukur kehadrat Allah..selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad,,ahli keluarganya dan para sahabat..Alhamdulillah dengan takdir Allah ak dapat menjejak Gunung Thursina.



cerita Nabi Musa Mahu melihat Allah di gunung Sina(thursina)

Apabila melihat api membakar di kaki gunung maka nabi Musa menyuruh org yg mengikuti tunggu lalu baginda sahaja naik ke atas Gunung..Maka Nabi Musa pun meyeru Tuhan yg mulia..maka Allah menyuruh Nabi Musa menanggalkan kasutnya sebelum naik ke Gunung Sinai(Thursina).Tujuan tidak lain tidak bukan untuk memuliakn malam yang mulia tersebut..Sinar cahaya yg begitu kuat menyebabkan baginda menutup wajahnya dengan tangannnya ,kemudian Allah Taala berfirman Sesungguhnya Akulah Allah tiada tuhan selain Aku sembahlah Aku dan tunaikanlah solat untuk mengingatiKu..itulah serba sedikit cerita Nabi Musa..seperti yg tertulis pada kitab Qasasulambiya' oleh alHafiz Ibnu kathir


Apa yang Ada di atas Gunung kini

selain sebuah masjid tua terdapat juga bersebelahan dengan masjid tersebut gereja..

Dan di tepi masjid terdapat lubang dimana dikatakan tempat Nabi Musa bermunajat..



jom tngk gambaq ckit





permandangan dari ateh



sojuk bangat





bukit yg dipenuhi batu bata








penganut agama kristian juga ramai yang mendaki dan mmbc bible di puncak..bangunan d sebelah adalah gereja




berada diatas gunung






laluan untuk sampai keatas adalah batu batuan








panorama sunrise diatas gunung




tmpat munajat Nabi Allah Musa







SEKIAN..Tq

Thursday, June 24, 2010

Permulaan bagi kebahagian yang eternal

Apakah kebaikan yang eternal ? ianya adalah perkahwinan dan pasangan hidup yang baik

Bidayatan

Allah berfirman dalam surah Annur,perempuan2 yang keji untuk laki2 yang keji sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik dan laki2 yang baik untuk perempuan2 baik…pegang baik2 ayat ini


Apa yang kamu mahu?

Permulaan bagi sebuah perkahwinan adalah khitbah yakni pertunangan dan sebelum pertunangan ada syarat atau ciri-ciri pasangan yang mahu kamu kahwini. Contohnya umur, kerjaya atau cara si dia bermuamalat..Dan jika mahu kepada keberkatan hendaklah pasangan ini mengikut landasan Al Quran dan sunnah iaitu tiada percampuran yang berlebihan.

Pintu kepada Rezeki

Perkahwinan ini adalah kunci rezeki kerana Allah berfirman dalam AlQuran Surah Annur( dan nikahlah orang orang bujang dari kamu dan orang orang yang layak(menikah) dari hamba sahayamu laki laki dan perempuan, jika mereka miskin maka Allah akan memberi kemampuan bagi mereka dengan kurnianya dan Allah Maha luas pemberiannya dan Maha mengetahui.

Jom Tanya Rasulullah

Jika seorang muslim mahu mengahwini wanita maka apakah ciri2 yang patut dipilihnya, disini Rasulallah memberikan panduannya yang diriwayatkan oleh bukhari dan muslim kahwinilah wanita atas empat perkara atas hartanya, atas kecantikannya , atas keturunnya , dan atas agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia.
Islam tidak menghalang memilih kecantikan, harta, atau keturunan tetapi yang beragama adalah menjadi pilihan pertama.

Tanyalah tuhan kamu

Jika seorang muslim mahu berkahwin atau memilih pasangan lalu timbul pertanyaan dalam dirinya bagaimana aku nak tahu inilah yang terbaik untuk aku. Caranya adalah dengan bersolat istikharah, moga2 Allah mencenderungkan hati kamu untuk memilih atau meninggalkannya. Dan perbaharuilah niat dan berpegang pada kaedah Islam.

Akhirnya

Pasangan yang bahagia Allah janjikan padanya bersama sama memasuki Syurga Firman Allah dalam surah Zukhruf masuklah kamu kedalam syurga kamu dan pasangan kamu akan digembirakan.. yakni pasangan yang beriman dan beramal Soleh

intaha